MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

3 Feb 2010

DIAN

Pinggan pakai buang organik

Isu berkaitan pemanasan global, perubahan iklim, penipisan ozon serta pencemaran gas rumah hijau sering menjadi perbualan.

Produk pakai buang biasanya dihasilkan daripada bahan api fosil yang merupakan salah satu penyumbang kemusnahan alam sekitar.

Bahan berkenaan biasanya bukan biodegradasi (boleh urai) dan tidak boleh mereput malah memusnahkan ekosistem melalui beberapa aspek termasuk gas CO2 semasa proses penguraian.

Sebuah syarikat tempatan, Return 2 Green Sdn. Bhd. Menjalankan kajian menggunakan sisa pertanian bagi menghasilkan bahan pakai buang bagi bekas makanan.

Pengasasnya, Ramaness Parasuraman telah menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) bagi membangunkan formula biomas menggunakan bioteknologi.

Sehingga kini syarikat berkenaan telah berjaya mencipta beberapa bahan pakai buang menggunakan proses enzimatik.

Bagi menjadikan Bumi selamat, Return 2 Earth teah mengahsilkan produk pembungkusan 100 peratus biodegradasi dan mudah mereput. Pada peringkat permulaan, syarikat berkenaan berjaya menggunakan hampas tebu dan pada masa akan datang bercadang menggunakan hampas padi, batang ubi kayu serta sisa pertanian lain.

estidotmy

 
   
   
 

DIAN

 
 
Kursus Spa ITE terima sambutan
 
 
Warna kereta F1 berdasarkan negara
 
 
Apakah fungsi kereta keselamatan F1?