MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Feb 2010

EKONIAGA

Kos kehidupan susut dalam separuh kedua tahun lalu

Oleh
Norhaiza Hashim

KOS kehidupan bagi warga Singapura adalah lebih rendah bagi separuh kedua tahun lalu berbanding separuh pertama.

Berdasarkan perangkaan Jabatan Statistik Singapura (DOS), Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi keluarga di Singapura merosot sebanyak 0.4 peratus bagi Julai hingga Disember tahun lalu.

Ia berbanding kenaikan sebanyak 0.8 peratus bagi separuh pertama dari Januari hingga Jun tahun lalu.

CPI itu jauh lebih rendah berbanding 2008.

Pada separuh pertama 2008, CPI mencecah kenaikan sebanyak 7.1 peratus, manakala ia tumbuh sebanyak 6 peratus pada separuh kedua 2008.

Tahun lalu, CPI bagi golongan yang mempunyai 20 peratus gaji paling rendah di Singapura merosot sebanyak 0.8 peratus pada separuh kedua.

Ia telah meningkat sebanyak 1.6 peratus pada separuh pertama.

Bagi golongan pertengahan (60 peratus), CPI susut 0.5 peratus dan meningkat sebanyak 0.7 peratus pada separuh kedua dan pertama tahun lalu.

Golongan mewah (gaji 20 peratus tertinggi) pula mencatatkan kemerosotan sebanyak 0.1 peratus pada separuh kedua tahun lalu tetapi naik sebanyak 0.9 peratus pada separuh pertama.

Sepanjang tahun lalu, kadar inflasi meningkat sebanyak 0.2 peratus, berbanding pertumbuhan sebanyak 6.5 peratus pada 2008.

CPI bagi golongan 20 peratus yang mempunyai gaji terendah di Singapura dan 20 peratus yang mempunyai gaji tertinggi di Singapura, masing-masing naik sebanyak 0.4 peratus.

CPI bagi golongan pertengahan tumbuh sebanyak 0.1 peratus.

'Kenaikan CPI bagi semua kumpulan pendapatan tahun lalu disumbangkan oleh kos makanan dan penjagaan kesihatan lebih tinggi.

'Kenaikan CPI bagi golongan mewah juga disebabkan oleh kos perumahan lebih tinggi.

'Namun, kenaikan itu diimbangi dengan tarif elektrik yang lebih rendah, kos petrol lebih murah dan kos wisata yang rendah,' menurut kenyataan DOS.




 
   
   
 

EKONIAGA

 
 
Cinta IT dorong suami isteri buka niaga
 
 
Firma S'pura hasilkan air katira dalam tin
 
 
Pasaran pekerjaan setempat kian baik bagi profesional
 
 
Pelaburan S'pura di Indonesia cecah paras tertinggi