MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

29 Jul 2010

EKONIAGA

Pelaburan S'pura di Indonesia cecah paras tertinggi

PELABURAN Singapura di Indonesia mencecah paras paling tinggi dalam suku kedua tahun ini berbanding dengan negara-negara lain di dunia, menurut berita dalam talian Kompas.com yang memetik pegawai rasmi negara itu sebagai berkata:

'Singapura menguasai pelaburan di Indonesia dengan pelaburan asing membentuk 14 peratus.

'Rantau Batam, Bintan dan Karimun merupakan destinasi utama Singapura,' kata Ketua Lembaga Penyelarasan Pelaburan, Indonesia, Encik Gita Wirjawan.

Nilai pelaburan Singapura mencapai AS$1.6 bilion ($2.1 bilion) dalam 156 projek.

Singapura melabur dalam sektor seperti pengangkutan, gedung dan telekomunikasi.

Negara-negara lain atau rantau dengan pelaburan yang besar di Indonesia termasuk Hongkong (20 peratus), Amerika Syarikat (8 peratus), Jepun (5 peratus) dan Belanda (5 peratus).

Terdapat sebanyak 1,149 projek pelaburan asing di Indonesia.


 
   
   
 

EKONIAGA

 
 
Syarikat pelancongan perubatan, firma penilaian hotel meterai MOU
 
 
Maybank Singapura lancar kadar faedah baru bagi empat mata wang popular
 
 
Tinjauan dapati majikan di sini masih cergas ambil pekerja baru
 
 
Niaga percetakan kemeja-T maju walau tiada pengalaman
 
 
Tiga koperatif kredit setempat tawar pinjaman bagi keperluan Raya
 
 
Bursa Singapura dan NTU lancar pusat pendidikan kewangan bagi karyawan pasaran modal