MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

6 Feb 2010

FORUM

Rujuk soal faraid pada pihak berwenang

SAYA ingin memberi pendapat saya setelah membaca surat Mohamad Rosle Ahmad berkaitan faraid (BH, 13 Januari).

Islam adalah agama yang adil termasuk dalam soal pembahagian harta yang melindungi atau memelihara hak seseorang waris.

Yang penting, usahlah kita sampai bergaduh atau berebut-rebut harta peninggalan sehingga mengeruhkan hubungan anggota keluarga.

Dalam hal ini juga, seorang Muslim seharusnya mempunyai kesedaran dan tanggungjawab, antaranya membuat wasiat agar tiada masalah selepas kematiannya.

Namun selain faraid, ada juga beberapa kaedah pilihan dalam hal pembahagian harta termasuk wasiat, hibah (hadiah) semasa hidup atau gabungan kedua-duanya.

Dokumen hibah dan wasiat yang sah tidak dapat disanggah oleh mana-mana waris lagi kerana semuanya telah termaktub dan diakur janji semasa hayatnya.

Anda akan meninggalkan harta dan waris anda dalam keadaan aman dan tenteram.

Hibah boleh diberikan kepada sesiapa termasuk anak angkat dan tidak boleh dipersoalkan sesiapapun termasuk waris.

Saya menggesa mereka yang kurang pasti akan hal ini sebaiknya membuat rujukan kepada pihak berwenang seperti Pergas dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) demi mendapat penjelasan lanjut dan lebih tahu akan hukum faraid.

Arif Ibrahim

 
   
   
 

FORUM

 
 
Antara sebab anak kita kelu berbahasa Melayu
 
 
Usah sepi selepas Bulan Bahasa
 
 
Lembaga Pengiktirafan Asatizah perlu ada 'kuasa' bertindak
 
 
Islam sudah rangkumi sains
 
 
Jawapan HDB bagi rayuan dua pembaca
 
 
Hayati Islam atas dasar ilmu pasti
 
 
Seragamkan istilah Melayu agar kemas
 
 
Mahu Taman Warisan diurus masyarakat Melayu