MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

6 Feb 2010

FORUM

Rezeki anak ada asalkan bijak rancang kewangan

SAYA ingin mengulas berkaitan isu ramai anak. Pada pendapat saya, jika kita dikurniakan anak yang ramai, alhamdulillah, dan rezeki anak tetap ada asalkan kita tidak malas berusaha.

Sebenarnya yang menjadi beban adalah angkara perbuatan kita sendiri: memilih cara hidup, biar papa asal bergaya hingga menyebabkan wang gaji tidak dapat bertahan selama sebulan dan tiada simpanan.

Mereka tidak dapat merancang kewangan dan simpanan mereka, cuma tahu merancang di mana tempat atau individu untuk mudah berhutang.

Orang-orang tua kita ada yang ramai anak namun ramai anak mereka yang menjadi insan berguna. Malah ada ibu bapa mereka yang dapat menunaikan haji lebih sekali.

Mengapa? Ini kerana orang-orang lama mengamalkan prinsip biar papa asal jangan meminta-minta (selain kepada Allah swt).

Mereka juga rajin bekerja dan berdoa agar anak mereka berjaya dan tidak menjadi hamba harta atau lupa dunia.

Jika kita hidup ikut kemampuan kita sendiri, jangan malu apa orang kata. Kita reda dan terus berusaha mempertingkat diri dan keluarga, insya-Allah hidup kita aman bahagia walaupun tidak kaya, tetapi anak kita menjadi manusia berguna.

Umar Abbas

 
   
   
 

FORUM

 
 
Antara sebab anak kita kelu berbahasa Melayu
 
 
Usah sepi selepas Bulan Bahasa
 
 
Lembaga Pengiktirafan Asatizah perlu ada 'kuasa' bertindak
 
 
Islam sudah rangkumi sains
 
 
Jawapan HDB bagi rayuan dua pembaca
 
 
Hayati Islam atas dasar ilmu pasti
 
 
Seragamkan istilah Melayu agar kemas
 
 
Mahu Taman Warisan diurus masyarakat Melayu