Mudah cetak
E-mel
25 Jul 2010
FORUM
Jawapan HDB bagi rayuan dua pembaca
SAYA merujuk kepada dua surat pembaca, Ibu tunggal bimbang soal kediaman oleh Cik Faizah Ismail, dan Mohon bantuan bagi tempat tinggal daripada Cik Noor Hayatey (BH, 7 Julai).
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyediakan subsidi besar bagi perumahan demi membantu keluarga memiliki rumah mereka sendiri.
Bagi keluarga bergaji rendah yang tidak mampu memiliki rumah sendiri, HDB menyediakan mereka rumah sewa yang diberi subsidi besar.
HDB meneliti rayuan bagi flat sewa secara teliti, demi memastikan flat itu diberikan hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan tiada pilihan perumahan lain.
Dalam kes Cik Faizah, beliau dan dudanya menjual flat mereka tahun lalu. Beliau menerima pemulangan CPF dan wang tunai lebih $100,000. Jumlah ini, bersama dengan gajinya sekarang, membuatkan beliau tidak layak bagi flat sewa HDB.
Cik Faizah mampu menyewa bilik atau flat daripada pasaran terbuka, dan boleh menimbangkan untuk membangunkan kewangannya untuk membeli flat pada masa depan.
Justeru, kami tidak boleh menerima permintaannya bagi flat sewa HDB yang menerima subsidi besar.
Dalam kes Cik Noor Hayatey pula, beliau telah menikmati maksimum dua subsidi perumahan. Oleh itu, beliau tidak layak membeli lagi flat baru, atau menyewa flat sewa daripada HDB. Lagipun, beliau mempunyai tiga anak berusia 26 tahun, 23 tahun dan 20 tahun.
Jika mereka mempunyai pekerjaan, mereka boleh mampu membeli flat secara bersama. Kami memahami bahawa beliau telah menyuarakan harapan membeli flat jualan semula yang kecil bersama anak perempuannya.
Kami akan melihat cara terbaik membantunya, seperti merujukkan beliau kepada Agensi Pengurusan kami untuk mencari flat yang dimampui mereka.
Kami juga sedang menimbangkan kemungkinan bersikap fleksibel dalam memberi mereka satu lagi pinjaman perumahan agar mereka boleh mulakan hidup baru dengan saiz flat yang sesuai.
Sedang HDB mengamalkan dasar fleksibel bergantung pada merit setiap kes, kami juga memerlukan persefahaman pemohon/pemilik flat supaya berjimat cermat dalam soal kewangan dan bertanggungjawab atas keputusan mereka.
Cik Lily Wong Jee Choo
Timbalan Pengarah (Dasar dan Hartanah)
HDB