FITRI: Saya berikrar untuk kumpul duit sendiri, menanggung perbelanjaan untuk mama dan papa pergi menunaikan ibadah haji, kerana papa dan mama telah banyak membiayai kos pelajaran saya.
MISSARAH ATAMO: Saya akan menjadi seorang guru yang baik dan saya akan mendidik murid-murid seperti anak saya sendiri. Insya- Allah. Amin.
LINTASHA: Saya akan pastikan anak-anak saya mengulang kaji pelajaran sebelum tidur dan saya akan mendakap mereka sambil berbisik sayang saya kepada mereka dan suami tersayang.
Apakah pula ikrar anda untuk memperbaiki kehidupan dan menyokong ikatan yang bahagia?
Ayuh! Hantarkan SMS Ikrar anda dengan percuma ke talian 71133 dalam format berikut:
IKRAR Nama Anda apa yang anda akan lakukan untuk mengeratkan ikatan keluarga anda.
Kesemua ikrar yang dihantarkan boleh dilihat di lelaman www.ppis.sg dan akan membolehkan anda menikmati diskaun 10 peratus untuk setiap resit di restoran Fig & Olive.
(Khidmat SMS percuma ini akan berlangsung sehingga 30 September 2010).