MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Feb 2010

LUAR NEGARA

Pyongyang ada 'pasukan sulit' bagi gagali Korea S

SEOUL: Korea Utara semalam berkata ia mempunyai satu pasukan sulit bagi menggagalkan 'komplot' Korea Selatan untuk menjatuhkan pemerintah di Pyongyang.

Amaran itu dikeluarkan sedang duta kanan China, Encik Wang Jiarui, bertemu pegawai Korea Utara di Pyongyang.

Korea Utara berkata komplot Korea Selatan itu kini 'telah melampaui garis bahaya'.

Ia membidas keras sokongan Seoul terhadap tuntutan Amerika Syarikat agar Pyongyang melupuskan senjata nuklearnya sebelum perjanjian damai dimeterai.

Pyongyang juga mengkritik langkah Seoul hendak mempertahan sempadan yang dipertikai di Laut Kuning.

'Kami mempunyai pasukan penyerang canggih bertaraf dunia dan berkeupayaan bagi melindungi keselamatan rakyat kami yang belum pernah didedahkan kepada umum,' kata Kementerian Keselamatan Rakyat dan Kementerian Keselamatan Negara Korea Utara dalam satu kenyataan bersama semalam.

'Korea Utara akan mengambil langkah tegas bagi menggagalkan sebarang komplot licik, antipenyatuan dan antidamai yang bertujuan menjatuhkan pemerintahnya,' kata pula satu kenyataan yang dikeluarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Amaran itu dikeluarkan sedang Encik Wang, seorang pegawai kanan Parti Komunis China, bertemu pegawai kanan Korea Utara di Pyongyang sebagai sebahagian usaha antarabangsa memujuk Pyongyang kembali ke meja rundingan perlucutan senjata nuklear.

Encik Wang semalam bertemu seorang pegawai kanan Parti Pekerja Korea Utara, Encik Choe Thae Bok, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau memberitahu Encik Choe bahawa China bersedia bekerjasama dengan Korea Utara bagi meningkatkan hubungan dua hala.

Encik Wang besar kemungkinan akan bertemu pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Il, bagi membincangkan rundingan enam pihak yang terbantut, lapor sebuah stesen televisyen Korea Selatan, YTN.

Beliau dijangka menyampaikan satu perutusan daripada Presiden China, Encik Hu Jintao, untuk Encik Kim, lapor pula sebuah akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo.

Ketua politk, Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Encik B. Lynn Pascoe, pula dijangka tiba di Pyongyang hari ini. -- AP, AFP.


 
   
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Syed Hamid nafi luluskan visa kerja untuk dana politik
 
 
Wanita kahwin lari ke Lombok dibawa pulang
 
 
Dek cemburu, lelaki rodok kemaluan tunang dengan botol deodoran
 
 
Pesawat Pakistan terhempas, kesemua penumpang terkorban
 
 
Pendedahan bahayakan rakyat Afghan
 
 
Perancis isytihar perangi Al-Qaeda