MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Feb 2010

LUAR NEGARA

Presiden wanita pertama bagi Costa Rica

SAN JOSE (Costa Rica): Calon Parti Pembebasan Nasional (PLN) yang memerintah Costa Rica, Cik Laura Chinchilla, diisytihar pemenang dalam pilihan raya presiden negara itu selepas 84 peratus undi dikira kelmarin, menurut stesen televisyen Canal 7.

Keputusan awal menunjukkan Cik Chinchilla, 50 tahun, meraih 46.8 peratus undi, manakala pesaing terdekat, Encik Otton Solis daripada Parti Tindakan Rakyat (CAP) 25.1 peratus dan Encik Otto Guevara daripada Parti Gerakan Liberal (LMP) 20.9 peratus.

Dengan kedua-dua pesaingnya mengaku kalah, Cik Chinchilla sudah pasti menjadi presiden wanita pertama Costa Rica.

'Dengan penuh rasa hormat kami menerima hakikat ini,' kata Encik Solis.

Sejurus kemudian Encik Guevara mengucapkan tahniah kepada 'presiden kami Cik Laura Chinchilla'.

Cik Chinchilla, yang sebelum ini menjadi naib presiden di bawah Presiden Oscar Arias, menegaskan bahawa beliau akan mengotakan janji beliau semasa kempen pilihan raya.

'Terima kasih Costa Rica. Ia saat paling menggembirakan. Tetapi dengan segala kerendahan hati saya berjanji tidak akan mengkhianati kepercayaan anda,' kata Cik Chinchilla.

'Kami tidak menerima cek kosong daripada rakyat. Sebaliknya, kami memikul tanggungjawab untuk mengadakan dialog dengan semua parti dan sektor sosial,' tegas beliau.

Dalam kempennya Cik Chinchilla berikrar akan memperbaiki prasarana, merombak sistem cukai dan mewujudkan peluang pekerjaan baru yang mesra alam.

Beliau berjanji akan memperjuang hak wanita, kehidupan lebih baik bagi kanak-kanak, selain membasmi jenayah dan pengedaran dadah.

Kemenangan beliau mengikuti trend semakin lumrah munculnya presiden wanita di Amerika Latin, selepas Nicaragua, Panama, Chile dan Argentina. -- Agensi.



 
   
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Syed Hamid nafi luluskan visa kerja untuk dana politik
 
 
Wanita kahwin lari ke Lombok dibawa pulang
 
 
Dek cemburu, lelaki rodok kemaluan tunang dengan botol deodoran
 
 
Pesawat Pakistan terhempas, kesemua penumpang terkorban
 
 
Pendedahan bahayakan rakyat Afghan
 
 
Perancis isytihar perangi Al-Qaeda