MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Feb 2010

LUAR NEGARA

KES SUSU TERCEMAR
China tutup dua firma tenusu

BEIJING: Pegawai pemeriksa yang menjejak kes baru pencemaran susu di China telah menutup dua firma tenusu di Ningxia, di barat laut negara itu, dan merampas 72 tan susu tepung yang tercemar melamin.

Dua firma tenusu itu ditutup Sabtu lalu kerana menjual susu tercemar melamin, iaitu saki-baki susu yang menyebabkan enam bayi mati pada 2008.

Melamin ialah bahan kaya protein yang digunakan dalam pembuatan plastik.

Gula-gula dibuat daripada susu tercemar melamin turut dirampas di wilayah Jilin, timur laut China, lapor akhbar China Daily.

Ningxia Tiantian Dairy Co Ltd ditutup selepas ia didapati mempakej semula dan menjual 170 tan susu tercemar melamin yang diterimanya sebagai bayaran hutang pada Julai tahun lepas, lapor akhbar tersebut, yang menukil pegawai setempat.

Pihak berkuasa telah merampas 72 tan susu tercemar dan kini berusaha keras mencari hampir 100 tan susu yang mungkin sudah berada di pasaran.

Akhbar itu tidak menyatakan susu tersebut berasal dari mana, tetapi firma Ningxia Tiantian Dairy dilaporkan mempakej semula susu tepung itu dan menjualnya kepada lima kilang di utara dan selatan China.

Sebuah lagi firma tenusu, Ningxia Panda, ditutup kerana ia ada kaitan dengan Shanghai Panda Dairy Co, yang ditutup lewat tahun lepas kerana menjual produk tercemar melamin.

Masih belum jelas adakah firma tenusu itu mengetahui bahawa produk mereka telah tercemar.

'Sebagai sebuah syarikat kecil, Tiantian Dairy Co tidak mempunyai mesin untuk menguji melamin,' kata Encik Zhao Shunming, setiausaha agung Persatuan Perusahaan Tenusu Ningxia (NDIA).

'Mesin serupa itu boleh menelan belanja sehingga satu juta yuan ($206,200). Tetapi tindakan mereka mempakej semula produk melanggar undang-undang,' tegas beliau.

Minggu lepas tiga orang di sebuah firma tenusu di wilayah Shaanxi diberkas kerana menghasil dan mengendalikan produk tercemar melamin.

Satu siasatan awal menunjukkan 10 tan susu tercemar telah dijual kepada pengeluar susu tempatan, Lekang Co, pada September dan Oktober 2009. Tiga suspek telah diberkas.

Tidak ada laporan mengenai kematian atau bayi jatuh sakit akibat kes terbaru susu tercemar melamin itu.

Dalam skandal susu tercemar melamin pada 2008, seramai 300,000 kanak-kanak mendapatkan rawatan, kebanyakannya akibat batu dalam ginjal, setelah meminum susu itu.

Kebimbangan pihak berkuasa berhubung masalah susu tercemar itu mendorong mereka menghantar 16 inspektor ke wilayah-wilayah di China untuk memastikan adakah susu tercemar telah terlepas ke dalam pasaran. -- AFP, Reuters.



 
   
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Polis sahkan anak Azean ditahan reman kerana dadah
 
 
Pegawai istana: Pemangku Raja yang berhak pegang kuasa
 
 
Askar maut dalam nahas libatkan kereta pemimpin PKR
 
 
'Berita Ketua Polis letak jawatan tidak benar'
 
 
Gadis yang dikahwinkan secara paksa ditemui separuh sedar
 
 
Polis tahan tiga suspek yang disyaki belasah murid tadika dengan tukul
 
 
Aneka gaya si 'Baju Merah'
 
 
Taleban lancar serangan terbesar
 
 
Ribuan bantah lawatan Obama ke Indonesia
 
 
Israel tahan panglima Hamas lepas sedekad jadi buruan
 
 
'Iran cuba beli bom nuklear dari Pakistan'
 
 
'Isytihar pilihan raya baru dalam 24 jam jika tidak...'
 
 
Sekilas - Malaysia
 
 
Sekilas - Dunia