MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Feb 2010

LUAR NEGARA

Enam rentung bila kereta terbakar selepas rempuh treler

SEREMBAN (Negeri Sembilan): Enam orang dalam sebuah kereta rentung apabila terlibat dalam nahas di Kilometer 252, Lebuh Raya Utara-Selatan, kira-kira 1.30 pagi semalam.

Setakat ini, polis masih lagi belum dapat mengenal pasti kesemua identiti korban disebabkan kereta dan mangsa rentung.

Mayat kesemua korban dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Menurut jurucakap polis, keenam-enam mangsa itu rentung apabila kereta mereka terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya. Katanya, akibat rempuhan dan letupan yang kuat, enjin kereta tercampak sejauh 50 meter ke dalam longkang.

'Kereta terbabas akibat dipandu laju. Treler itu dilaporkan rosak sejak dari petang tadi,' katanya di tempat kejadian.

Seorang saksi, Encik Rashid Razali, 38 tahun, sedang membasuh kereta apabila beliau terdengar bunyi letupan yang kuat.

'Sejurus selepas itu saya lihat api menjulang naik. Saya dan beberapa jiran bergegas naik ke atas lebuh raya dan melihat enjin kereta tercampak jauh dan sedang berasap,' katanya.

Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang dapat mengeluarkan mangsa tiga jam kemudian selepas sebuah kren digunakan mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang terperosok dalam kereta yang hangus di bawah treler. -- Bernama.



 
   
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Syed Hamid nafi luluskan visa kerja untuk dana politik
 
 
Wanita kahwin lari ke Lombok dibawa pulang
 
 
Dek cemburu, lelaki rodok kemaluan tunang dengan botol deodoran
 
 
Pesawat Pakistan terhempas, kesemua penumpang terkorban
 
 
Pendedahan bahayakan rakyat Afghan
 
 
Perancis isytihar perangi Al-Qaeda