KANGAR (Perlis): Biar zaman berubah namun tradisi pindah rumah masyarakat Melayu ini tetap 'diusung' di negeri-negeri utara dan pantai timur Malaysia.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengetuai satu kumpulan gotong royong mengusung rumah seorang penduduk ke tapak barunya di Kampung Wang Belimbing, Kangar, kelmarin.
Lebih 250 penduduk kampung tersebut berkumpul seawal 7 pagi untuk memindahkan rumah Encik Ramli Ismail . -- Utusan Malaysia.