MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Feb 2010

LUAR NEGARA

Indonesia mahu Hambali dibicara dan dihukum

JAKARTA: Indonesia tidak mahu meneka-neka adakah Amerika Syarikat akan mendakwa suspek pengganasan rakyat Indonesia, Riduan Isamuddin, yang dikenali juga sebagai Hambali, di mahkamah sivil Amerika, kata Menteri Luarnya, Encik Marty Natalegawa.

'Kami mahu dia dihadapkan ke muka pengadilan,' kata Encik Natalegawa dalam satu wawancara di Jakarta.

'Saya tidak kisah di negara mana dia dianggap bertanggungjawab, asalkan dia dibicarakan di mahkamah dan dihukum setimpal dengan tindakannya,' tegas beliau.

Amerika sedang menimbang apa yang hendak dilakukan ke atas suspek pengganasan seperti Hambali, yang ditahan di Guantanamo Bay, Cuba. Antara kemungkinannya ialah perbicaraan di mahkamah awam.

Seorang tahanan Tanzania, Ahmed Khalfan Ghailani, akan menjadi tahanan Guantanamo Bay pertama dibicarakan di sebuah mahkamah federal Amerika lewat tahun ini berhubung serangan bom ke atas kedutaan Amerika di Tanzania dan Kenya pada 1998.

Para peguamnya meminta pendakwaannya dibatalkan kerana dia ditahan tanpa bicara.

'Indonesia mahu memastikan apabila kami menangani kes pengganasan, ia merupakan respons demokratik,' kata Encik Natalegawa.

'Pada masa sama, saya tidak mahu meneka-neka pendekatan Amerika,' katanya.

Meskipun pemerintah Indonesia mendengar 'menerusi sumber tidak rasmi' rancangan hendak membicarakan Hambali di sebuah mahkamah awam, belum ada pemberitahuan rasmi daripada pentadbiran Amerika, kata Encik Natalegawa.

Pentadbiran Presiden Barack Obama sedang mengkaji rancangan yang membolehkan Hambali dibicara di Washington, tetapi anggota Kongres daripada Parti Republikan mengkritik rancangan itu, lapor Associated Press bulan lalu.

Indonesia telah berusaha selama empat tahun untuk mendakwa Hambali kerana disyaki mendalangi serangan bom di Bali yang mengorbankan 202 jiwa pada 2002.

Amerika menahan Hambali hasil satu operasi bersama Thailand pada 2003 di Ayutthaya, 75 kilometer ke utara Bangkok. Amerika mengesahkan penahanannya pada 2006.

'Kita semua mesti bekerjasama rapat (apabila Hambali dibicarakan) di Amerika atau di tempat lain (supaya terdapat cukup bukti untuk membuat dia dihukum),' kata Encik Natalegawa.

'Kami tidak mahu menghukum orang tanpa proses undang-undang,' tambah beliau. -- AP.


 
   
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Jabatan agama pertahan hukum sebat
 
 
Perkahwinan budak 11 tahun dengan lelaki 41 tahun disiasat
 
 
Sekilas - Dunia
 
 
Presiden Yudhoyono dianugerah 'Order of Australia'
 
 
Askar Nigeria mula ronda susuli pembunuhan
 
 
Pemimpin JI dipercayai antara tiga militan yang ditembak mati