MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

16 Mac 2010

LUAR NEGARA

Muslim diminta elak ke kedai kopi tanpa sijil halal Jakim

KUALA LUMPUR: Umat Islam diminta menggunakan kuasa pengguna dengan mengelakkan diri daripada mengunjungi kedai kopi atau kopitiam yang tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana statusnya meragukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata umat Islam harus sedar ketiadaan sijil halal Jakim akan mendedahkan mereka kepada makanan atau minuman yang bahan-bahannya tidak dapat dipastikan kehalalannya.

Menurut beliau, Islam amat menitikberatkan soal makanan kerana daripadanya ia akan membentuk sahsiah, peribadi dan jati diri seseorang.

'Semua ini terpulang kepada kesedaran umat Islam sendiri. Dalam soal makanan, kita harus lebih berhati- hati, peka dan prihatin kerana makanan ini yang akhirnya menjadi darah daging kita.

'Ini tidak, tengok sahaja pekerjanya bertudung, ada rupa Melayu sedikit, kita kata kedai itu halal. Belum tentu lagi halalnya,' kata Dr Mashitah kepada akhbar Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

Gesaan Dr Mashitah ini dibuat berikutan sebahagian besar kopitiam di Malaysia masih gagal mendapatkan sijil halal Jakim walaupun pelbagai pendedahan dibuat oleh pihak media sebelum ini.

Semakan senarai terkini pengesahan sijil halal Jakim di laman web www.halal.gov.my mendapati jumlah kopitiam yang mempunyai sijil halal di negara itu masih kekal dua iaitu Pak Hailam Kopitiam Sdn Bhd, dan Jonker Walk Kopitiam Sdn Bhd.

Beliau, bagaimanapun, berkata pihaknya tidak boleh memaksa setiap kopitiam mendapatkan sijil halal Jakim kerana ketiadaan undang-undang untuk menguatkuasakannya. -- Utusan Malaysia.


 
   
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Syed Hamid nafi luluskan visa kerja untuk dana politik
 
 
Wanita kahwin lari ke Lombok dibawa pulang
 
 
Dek cemburu, lelaki rodok kemaluan tunang dengan botol deodoran
 
 
Pesawat Pakistan terhempas, kesemua penumpang terkorban
 
 
Pendedahan bahayakan rakyat Afghan
 
 
Perancis isytihar perangi Al-Qaeda