MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

16 Mac 2010

LUAR NEGARA

Ada 5.4 juta kanak-kanak terbiar di Indonesia

JAKARTA: Menteri Ehwal Sosial Indonesia, Encik Salim Segaf Al Jufri, semalam berkata terdapat 5.4 juta kanak-kanak terbiar di seluruh negara itu dan ia semakin bertambah dengan kebanyakannya tinggal di jalan-jalan raya, kata akhbar The Jakarta Post, di sini, semalam.

Berucap dalam satu majlis di sebuah sekolah agama Islam berasrama di Mataram, di wilayah Nusatenggara Barat, kelmarin, menteri itu berkata bahawa daripada jumlah kanak-kanak itu seramai 230,000 berada di jalanan yang menghabiskan sama ada seluruh atau sebahagian masa harian mereka di jalan-jalan raya.

'Kenaikan pada bilangan kanak-kanak terbiar adalah kurang sihat kerana mereka tidak mempunyai rumah, perlindungan dan peluang pendidikan serta penjagaan kesihatan,' kata Encik Salim.

'Di Jakarta saja, berdasarkan pada perangkaan daripada Agensi Perkhidmatan Sosial, jumlah kanak-kanak jalanan sekarang sudah 12,000,' tambah menteri itu.

Di Indonesia, kanak-kanak diistilahkan secara undang-undang sebagai mereka yang berada di bawah usia 18 tahun.

Kanak-kanak jalanan di Indonesia adalah antara kesan krisis kewangan Asia yang melanda rantau ini pada 1997.

Kanak-kanak terbiar itu bukan sahaja menjadi masalah sosial yang dihadapi Indonesia, yang juga tempat kediaman sejumlah 1.6 juta orang-orang kurang upaya termasuk 163,000 yang dikategorikan sebagai amat kurang berupaya.

Hanya 17,000 orang yang amat kurang berupaya diberi bantuan elaun bulanan 300,000 rupiah ($45.90), kata Encik Salim.

Terdapat juga 1.7 juta orang tua terbiar antara usia 60 tahun dengan 80 tahun di negara itu. Hanya 10,000 yang menerima elaun bulanan daripada pemerintah Indonesia. -- Agensi.



 
   
   
 

LUAR NEGARA

 
 
Syed Hamid nafi luluskan visa kerja untuk dana politik
 
 
Wanita kahwin lari ke Lombok dibawa pulang
 
 
Dek cemburu, lelaki rodok kemaluan tunang dengan botol deodoran
 
 
Pesawat Pakistan terhempas, kesemua penumpang terkorban
 
 
Pendedahan bahayakan rakyat Afghan
 
 
Perancis isytihar perangi Al-Qaeda