cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.


Sukan

Sekilas Sukan

1,000 sertai triatlon

SERAMAI 1,000 peserta berusia antara sembilan dengan 19 tahun akan mengambil bahagian dalam acara Triatlon Belia Milo-MOE di Pantai Palawan, Sentosa hari ini.

Acara ini, yang bertujuan memberikan pengalaman awal dan keseronokan kepada para peserta, dianjurkan bersama Milo dan Kementerian Pendidikan.

Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan dan Ehwal Dalam Negeri), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan menjadi tetamu terhormat acara ini.

Jerman temu Aust di final

NEW DELHI: Juara bertahan, Jerman, akan berdepan dengan Australia buat kali ketiga berturut-turut dalam final hoki lelaki Piala Dunia hari ini.

Juara Olimpik, Jerman, menumpaskan England 4-1 dalam pertandingan separuh akhir pertama kelmarin untuk membuka peluangnya menjulang mahkota ini buat kali ketiga.

Pasukan nombor dua dunia, Australia, yang tewas kepada Jerman pada 2004 dan 2006, mengalahkan Belanda 2-1. -- Reuters.


Copyright © 2010 SPH AsiaOne Ltd. All rights reserved.
Privacy Statement Conditions of Access Advertise @ AsiaOne