MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

14 Mac 2010

EKSTRA!

NASI AYAM SIHAT

Isu: Kenapakah nasi ayam Hainan lain dari yang lain?

NASI ayam Hainan merupakan pilihan sihat kerana ayamnya tidak digoreng. Ini juga bermakna cara memasaknya amat ringkas.

Walaupun nasi ayam ini tidak menggunakan minyak, ia menggunakan lemak ayam. Jika anda tidak suka cara ini, anda boleh menyediakan minyak tanpa kolesterol.

Bagi yang benar-benar ingin mengelakkan penggunaaan sebarang jenis minyak (kerana kadar lemak di dalam minyak adalah tinggi), ikuti cara berikut:

Jerang halia, bawang putih, air dan stok ayam bersama beras di dalam periuk nasi elektrik. Tambah sedikit garam jika perlu. Tanaklah nasi seperti biasa sehingga kering.

Dengan menggunakan beras jenis wangi, maka nasi ayam akan menjadi lebih harum dan istimewa.

Bagi yang tidak mahu menggunakan beras wangi sepenuhnya, gunakan beras biasa atau campuran kedua-duanya.

Ini bermakna, anda boleh mencampurkan 300 gram beras wangi dan 300 gram beras biasa.

Bagi mendapatkan lebih khasiat, boleh juga gunakan beras perang. Namun, sukatan airnya berbeza. Rasa nasinya pula tentulah berlainan, tetapi ia ternyata lebih menyihatkan.

Untuk mengetahui sekiranya isi ayam sudah masak, cucuk di bahagian paling tebal seperti dada dengan lidi atau besi pemanggang. Jika air yang keluar berwarna kemerah-merahan, itu bererti ayam belum masak elok. Jika airnya cerah atau jernih, ayam sudah masak.

Pastikan juga ayam diterbalikkan sekali supaya ia masak dengan sempurna di bahagian atas dan bawah. Setelah dikeluarkan, ayam mesti direndam dalam air sejuk. Caranya adalah mencampurkan ais ke dalam bekas besar berisi air biasa atau air paip.

Nasi ayam Hainan juga disajikan dengan sos atau pencicah halia dan bawang putih tumbuk bercampur jus limau kasturi. Selain itu, ada sup, kicap dan sos cili. Meskipun penyediaan nasi ayam ini agak rumit, bila anda menikmati keenakannya, anda akan dapati masa yang diambil untuk membuatnya adalah berbaloi.


 
   
   
 

EKSTRA!

 
 
Wira elit
 
 
Plot bercelaru, mengundang mata beradu
 
 
Siapa juara?
 
 
Belum temui sasaran
 
 
Penonton disogok sejarah Clarke Quay
 
 
Penulis ada 'bahan' tapi pentas 'lelah'
 
 
Luah isi hati menerusi lukisan
 
 
Lagu sekadar hiburan
 
 
Bieber 'raja' YouTube
 
 
Joss Stone jadi Bond Girl
 
 
Kuiz precious