MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

29 Jul 2010

EKSTRA!

PENYANYI BARAT
Lagu sekadar hiburan

Mizz Nina: Saya tiada niat sebar mesej dadah, alkohol ataupun keganasan

MUNGKIN bagi segelintir pihak, mesej tersirat yang berbaur seksual, alkohol, dadah mahupun keganasan dalam sesebuah lagu bukanlah satu isu besar.

Jika lagu itu memang memikat, sebahagian pendengar tidak peduli akan cerita yang terkandung dalam lagu itu sekalipun liriknya mengandungi mesej yang negatif.

Unsur yang sama juga dikesan pada lagu terbaru penyanyi Mizz Nina iaitu What You Waiting For.

Lagu berbahasa Inggeris yang dipetik daripada album solo pertamanya itu mengandungi mesej tersirat yang agak 'nakal'.

Mendengarkan melodi lagu itu yang rancak dan penuh bertenaga, pasti ramai yang menganggap ia tidak lebih daripada sebuah lagu yang menghiburkan dan tidak membawa apa-apa kesan negatif.

Namun, jika dihayati lirik dan mesej yang tersirat dalam lagu itu, karya ciptaan Koolade dan James Knox itu sebenarnya bercerita tentang pesta liar, pergaulan bebas antara muda mudi dan berbaur seksual.

Ditanya mengenai perkara itu, penyanyi yang mesra dengan panggilan Nina itu tidak menyangkal bahawa lirik lagu tersebut mungkin agak kontroversial dan 'nakal'.

Namun, Nina menegaskan beliau tidak berniat atau sengaja mahu mendorong peminat supaya mengikuti apa yang disampaikan dalam lagu itu.

'Lagu itu dihasilkan untuk hiburan semata. Ia hanyalah sebuah lagu mengenai keceriaan hidup dan pesta muda mudi yang penuh warna-warni dan kegembiraan.

'Memang saya akui liriknya agak 'nakal' tapi ia hanya cerita dalam lagu itu. Bukannya saya ingin mendorong masyarakat supaya melakukannya seperti dalam lagu tersebut. Ia hanyalah sebuah lagu dan tidak lebih daripada itu,' katanya.

Mengulas mesej tersirat dalam lagu itu yang seolah-olah ingin memancing ramai menerusi lirik yang berbaur unsur seksual, Nina berkata perkara itu terpulang kepada penterjemahan dan penerimaan masing-masing.

'Mungkin ada yang menganggap saya sengaja ingin memancing ramai dengan lirik lagu yang sebegitu tetapi, bagi saya, ia hanyalah sebuah lagu.

'Saya tidak fikir orang ramai akan terpengaruh atau menganggap saya menggalak atau mengagung-agungkan gaya hidup masyarakat Barat pula.

'Saya harap masyarakat dapat menerima lagu itu dan muzik saya seadanya. Nikmatilah ia sebagai bentuk hiburan dan tanpa prejudis,' jelasnya lagi.


 
   
   
 

EKSTRA!

 
 
Baru tapi 'Teguh'
 
 
Majlis 2 Okt satukan penduduk, himpun bintang veteran
 
 
Didicazli tembusi pasaran Indonesia
 
 
Keindahan di sebalik amalan bermaaf-maafan
 
 
Padat tetapi berkuasa bak SLR
 
 
Hati-hati apabila dapat nasihat menerusi mesej segera
 
 
Usah pening bila periksa e-mel