MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Feb 2010

SINGAPURA

Jenayah semakin berkurangan, termasuk kes serius

Oleh
Adli Yashir Kuchit

KADAR jenayah, termasuk jenis serius seperti pembunuhan, terus berkurangan di sini namun polis prihatin akan kenaikan kes pecah rumah, curi dan seks dengan gadis bawah umur.

Secara keseluruhan, kadar jenayah berkurangan 0.4 peratus daripada 33,113 kes pada 2008 kepada 32,968 kes tahun lalu. Ini termasuk jenayah serius seperti membunuh, mengakibatkan kecederaan dan merompak.

'Kes serius seperti itu sering mendapat perhatian umum, oleh itu pengurangan kes jenayah serius satu trend positif,' ujar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Ng Boon Gay, dalam satu sidang akhbar ibu pejabat polis di Irrawaddy Road semalam.

Jumlah kes bunuh berkurangan 24 peratus, daripada 25 kes pada 2008 kepada 19 kes tahun lalu. Kes merusuh berkurangan daripada 358 kepada 283 kes, sementara kes rompakan berkurangan daripada 929 kepada 713 kes.

Namun polis akan terus berwaspada bagi memastikan jenayah di negara ini dapat terus dikawal, kata SAC Ng,

Antara yang menimbulkan keprihatinan polis ialah peningkatan kes jenayah kecil seperti pecah masuk dan mencuri. Kes pecah masuk bertambah daripada 898 pada 2008 kepada 1,026 tahun lalu.

'Peningkatan dalam jumlah kes pecah masuk tahun lalu melibatkan flat HDB yang mempunyai mangga yang mudah dipotong. Oleh itu bagi mengelakkan kes pecah masuk polis menasihatkan orang ramai supaya memasang kunci lebih kuat dan alat kawalan keselamatan,' kata SAC Ng.

Turut menjadi keprihatinan polis ialah kenaikan kes seks secara rela melibatkan gadis bawah umur 14 tahun. Ia bertambah 36 peratus, daripada 61 kes pada 2008 kepada 83 kes tahun lalu.

Kebanyakan pesalah ialah teman lelaki, kawan atau kenalan gadis terbabit. Usia pelakunya juga semakin rendah, ada gadis semuda 12 tahun.

'Nilai dan gaya hidup masyarakat telah banyak berubah. Internet kian memudahkan generasi muda mencari teman dan sekali gus pasangan.

'Bagi meningkatkan kesedaran dan mengekang peningkatan kes seks dengan gadis bawah umur, polis akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) untuk mengadakan program pendidikan serta ceramah antijenayah,' kata SAC Ng.




 
   
   
 

SINGAPURA

 
 
Ahli korporat Jauhari tahun ini
 
 
Pekerja PMET Melayu bertambah empat kali ganda sepanjang 45 tahun
 
 
HDB siasat kes sewa flat tanpa izin
 
 
PM gesa ketua niaga terajui usaha pertingkat daya penghasilan
 
 
AMP kumpul $107,000 dari golf amal
 
 
Kongsi kemewahan dengan orang lain
 
 
Kejayaan Melayu/Islam di Singapura hasil usaha sendiri
 
 
Teliti tujuan di sebalik kejayaan
 
 
Falsafah dan budaya kerja