MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Feb 2010

SINGAPURA

NSP lantik ketua baru, rancang tanding di GRC Tampines, Jalan Besar dan Jurong

Oleh
Azahar Mohd

PARTI pembangkang, Parti Perpaduan Nasional (NSP), telah melantik Encik Goh Meng Seng, bekas anggota Parti Pekerja (WP), sebagai setiausaha agung barunya, menggantikan Encik Ken Sun.

Encik Sebastian Teo, pengarah eksekutif sebuah syarikat perundingan, Knight Royal Management International Pte Ltd, pula dilantik semula sebagai presiden.

Turut dilantik menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) NSP ialah dua calon daripada kaum minoriti dan seorang wanita. Mereka ialah Encik Yadzeth Hairis dan Encik Abdul Rasheed serta Cik Lee Wai Leng, bekas anggota WP yang bertanding di GRC Ang Mo Kio dalam pilihan raya umum 2006.

Menurut NSP dalam satu kenyataan semalam, sebagai persediaan bagi pilihan raya umum akan datang, ia telah melantik seorang pengurus kempen pilihan raya dan beberapa cawangan bagi mengetuai kempennya.

Mereka ialah Encik Tan Chee Kien (pengurus kempen pilihan raya), Encik Goh (pengerusi cawangan timur laut), Encik Ken Sun (pengerusi cawangan tengah selatan) dan Encik Christopher Neo (pengerusi barat daya).

Ketika dihubungi semalam, Encik Teo berkata CEC baru itu mencerminkan hasrat NSP untuk menarik lebih ramai wakil minoriti dan wanita menyertai parti itu.

'Bagi pelantikan pengurus kempen pilihan raya dan pengerusi cawangan pula, kami kini sedang menggiatkan usaha di peringkat akar umbi,' ujarnya.

Encik Goh pula berkata NSP telah mengenal pasti tiga GRC yang bakal ditandinginya kelak - Tampines, Jalan Besar dan Jurong.

'Keutamaan kami dalam pilihan raya kali ini ialah memastikan sekurang-kurangnya seorang calon Melayu dapat dilantik sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP),' ujarnya, yang mendedahkan beliau sendiri akan mengetuai pasukan NSP di Tampines.

Encik Goh pernah bertanding di GRC Aljunied di bawah tiket WP.

NSP juga bercadang bertanding dalam tiga Kawasan Undi Perseorangan (SMC) walaupun ini masih di peringkat perbincangan dengan parti pembangkang lain.




 
   
   
 

SINGAPURA

 
 
CCTV bergerak dipasang di tangga blok untuk kekang ancaman tailong
 
 
Pelajar madrasah jaya di St Andrew's JC
 
 
CDC giat kumpul dana bantu atlit belia daripada keluarga susah
 
 
Kurangi kos jangka panjang, tambah pendapatan
 
 
'Buddy' gembira setiap kali bantu pelajar asing sesuaikan diri di S'pura
 
 
Berkayuh malam sebar mesej belia positif, rai YOG
 
 
Dana endowmen NTU terima suntikan $2.5j dari 'orang dalam'