MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Feb 2010

SINGAPURA

ARTIS DITANGKAP
Husin Saaban, Alias Kadir bukan pelawak terbabit

Oleh
Linilidia Abdul Hamid

SEJAK subuh semalam, telefon bimbit pelawak Husin Saaban tidak henti-henti berdering.

Ini kerana ramai yang ingin tahu adakah beliau pelawak terkenal yang dilaporkan ditangkap dalam satu operasi polis besar-besaran polis di kawasan Geylang, Sabtu lalu.

Malah, nasib yang sama menimpa pelawak Alias Kadir, 47 tahun, yang juga terpaksa menghubungi rakan-rakannya untuk membuktikan kepada mereka bahawa beliau bukanlah pelawak yang terbabit.

Malah pada masa tangkapan dilakukan, Alias Kadir sedang menjalani penggambaran di kawasan Haig Road bagi sebuah drama komedi baru yang diterbitkan syarikat Qaboom Medias.

Menurutnya lagi, sejak Khamis lalu beliau sudah pun menjalani penggambaran drama komedi itu.

Spekulasi itu timbul setelah Berita Harian melaporkan bahawa seorang pelawak terkenal adalah salah seorang daripada 158 orang yang diberkas polis kerana pelbagai kesalahan.

'Sejurus selepas subuh, ada seorang hamba Allah yang hubungi saya. Masa itu, saya baru pegang akhbar, belum sempat baca lagi. Apabila dengar suara saya, dia kata dia rasa lega sebab saya bukanlah orang yang dimaksudkan dalam laporan akhbar itu,' ujar Husin Saaban, 57 tahun.

Malah, katanya, beliau menerima panggilan daripada mereka bukan sahaja bertanyakan khabarnya bahkan ingin mengetahui siapakah pelawak yang dimaksudkan.

'Ada yang anggap saya sebagai 'ketua' pelawak dan tahu tentang para pelawak kita. Jadi, ramai yang telefon bertanyakan siapakah pelawak yang terbabit,' ujarnya lagi yang menjelaskan beliau sendiri tidak tahu pelawak yang ditahan itu.

Ketika dihubungi Berita Harian semalam, Alias Kadir juga memberitahu beliau mengalami nasib yang sama.

'Pagi-pagi penerbit eksekutif dan pengarah drama komedi yang saya lakon, Shahrin Azhar, sudah telefon tanyakan saya. Masa tu, jangan kata baca, beli surat khabar pun belum. Selepas itu, ada juga beberapa rakan dan saudara-mara yang telefon,' ujarnya, yang pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik Pesta Perdana sebanyak tiga kali.

Menurut beliau, selepas itu, beliau yang hubungi rakan-rakannya kerana tahu mereka tentu bimbang tetapi mungkin takut untuk menghubunginya.

'Saya yang telefon mereka beritahu, saya okay. Antara mereka yang saya hubungi, termasuk Husin Saaban. Bila dengar suara saya, beliau tarik nafas lega,' ujarnya.

Dalam kes berasingan, 'kehilangan' seorang artis yang difahamkan sepatutnya membuat persembahan dalam rancangan sambutan ulang tahun ke-10 Suria, Suria Elektra, telah menimbulkan spekulasi sama ada beliau adalah artis yang dimaksudkan dalam laporan BH.

Rangkaian sosial Twitter dan sebuah laman hiburan turut memperkatakan ketiadaan beliau dalam rancangan itu, sedangkan namanya muncul dalam trailer (iklan televisyen), program cenderamata dan kredit di hujung rancangan tersebut.

Usaha BH menghubungi beliau bagi mendapatkan penjelasan gagal kerana taliannya dimatikan.

Ketika dihubungi semalam, polis enggan mendedahkan nama kedua-dua artis.


 
   
   
 

SINGAPURA

 
 
Hak siaran TV eksklusif kini perlu dikongsi
 
 
Jumlah Melayu antara tertinggi hidap sakit ginjal tahap terakhir
 
 
Penduduk dua kawasan alu-alu masjid baru
 
 
Sebahagian besar warga tua puas hati dan bangga tinggal di flat HDB
 
 
Northpoint 'baru' lancar program amal
 
 
Kaunter buat pasport ditutup
 
 
Syarikat kereta pulangkan $3,000 yang disalah guna bekas jurujual
 
 
Kasih sayang bahan utama dalam masakan
 
 
Balai Bomba Geylang kembali 'segar'
 
 
Pendidikan karyawan ditekankan
 
 
Aturan agensi pekerjaan disemak untuk pastikan syarikat patuh
 
 
Akta dipinda pastikan kebajikan pekerja kontrak
 
 
Strategi kembangkan seni dan budaya akan disemak
 
 
Tindakan ke atas MediaCorp jika cuba halang persaingan
 
 
Zaqy: S'pura patut sudah boleh lahirkan syarikat seperti Google
 
 
Masih tersemat harapan tetapi pemerintah tak campur
 
 
Upaya berbahasa Inggeris prasyarat bagi jururawat asing
 
 
cinta