MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

12 Mac 2010

SINGAPURA

PARLIMEN

KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

Skim ditingkat bagi galak pencarum tokok akaun CPF anggota keluarga

PEMERINTAH akan mempertingkat Skim Tokokan Jumlah Minimum bagi menggalak pencarum menokok akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) anggota keluarga mereka.

Mengumumkan ini semalam semasa perbahasan peruntukan Belanjawan kementeriannya, Menteri Tenaga Manusia, Encik Gan Kim Yong, berkata mulai Julai ini pencarum boleh memohon agar pendapatan bulanan CPF mereka menikmati penyesuaian lebih tinggi.

Namun, ia hanya boleh dilakukan jika wang yang dikeluarkan dari CPF mereka dapat bertahan sekurangkurangnya 20 tahun sebaik ia layak dikeluarkan menurut usia yang ditetapkan, atau sekurang-kurangnya bagi lima tahun lagi dari masa permohonan itu dikemuka.

Encik Gan turut mengumumkan pemerintah akan meningkatkan had minimum sebelum membenarkan pencarum membuat pelaburan di bawah Skim Pelaburan CPF (CPFIS).

Sekarang ini wang melebihi $30,000 dalam Akaun Khas boleh dilaburkan di bawah CPFIS.

Mulai Julai ini, had itu akan ditingkatkan kepada $40,000. Ini bermakna anggota CPF hanya boleh membuat pelaburan dari Akaun Khas mereka jika ia melebihi had minimum $40,000.

'Melihat pada kadar faedah lebih tinggi bagi Akaun Khas dan ketidaktentuan pulangan daripada CPFIS, kami ingin mengambil pendekatan berhati-hati,' ujar Encik Gan.

Selain itu, beliau mengumumkan Skim Simpanan Keperluan Khas. Di bawah skim ini, ibu bapa anak kurang upaya boleh mengeluarkan wang yang diwariskan kepada anak mereka secara bulanan dan tidak lagi secara pukal.

Menurut Encik Gan, pemerintah akan juga membuat semakan ke atas Akta CPF bagi membenarkan anggotanya membuat pilihan dalam memindahkan wang CPF mereka ke akaun anggota yang telah diwariskan setelah kematian mereka kelak, berbanding dengan memberi wang secara tunai kepada mereka.


 
   
   
 

SINGAPURA

 
 
Ahli korporat Jauhari tahun ini
 
 
Pekerja PMET Melayu bertambah empat kali ganda sepanjang 45 tahun
 
 
HDB siasat kes sewa flat tanpa izin
 
 
PM gesa ketua niaga terajui usaha pertingkat daya penghasilan
 
 
AMP kumpul $107,000 dari golf amal
 
 
Kongsi kemewahan dengan orang lain
 
 
Kejayaan Melayu/Islam di Singapura hasil usaha sendiri
 
 
Teliti tujuan di sebalik kejayaan
 
 
Falsafah dan budaya kerja