MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

13 Mac 2010

SINGAPURA

Jumlah Melayu antara tertinggi hidap sakit ginjal tahap terakhir

Oleh
Nurulhuda S.m. Albukhari

JUMLAH pesakit Melayu adalah antara yang tertinggi menghidap penyakit ginjal (renal) tahap terakhir (ESRD).

Data terbaru daripada Pejabat Pendaftaran Renal Singapura yang dikeluarkan kepada media semalam menunjukkan bahawa jumlah pesakit ESRD telah meningkat daripada 681 pesakit pada 1999 kepada 1,276 pesakit pada 2007.

Daripada jumlah tersebut, kadar pesakit Melayu ialah sekitar 60 peratus. Kadar pesakit India pula sebanyak 70 peratus.

Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Penyelidikan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Dr Chew Ling, berkata kadar pesakit Melayu yang tinggi adalah kerana jumlah pesakit kencing manis yang tinggi.

Penyakit ESRD terjadi apabila ginjal seseorang gagal berfungsi dengan betul.

Ini menyebabkan pengumpulan toksin dan kumuh dalam tubuh.

Sempena Hari Ginjal Sedunia tahun ini, HPB mengeluarkan maklumat untuk mendidik masyarakat mengenai ESRD dan kencing manis - diabetes mellitus (DM).

Menurut maklumat tersebut, seseorang yang mempunyai fungsi ginjal di bawah 20 peratus keupayaannya pula akan memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Sejajar dengan meningkatnya pesakit ESRD, jumlah pesakit yang menerima rawatan dialisis juga meningkat daripada 619 orang pada 1999 kepada 945 pada 2007.

Antara penyebab penyakit tersebut ialah kencing manis - diabetes mellitus (DM) - jenis satu dan dua.

Malah kadar penyakit ESRD yang disebabkan oleh kencing manis juga telah meningkat dari 1999 hingga 2007.

Ia meningkat daripada 48.5 peratus pesakit pada 1999 kepada 58.7 peratus pesakit kencing manis pada 2007.

Malah, menurut data tersebut lagi, di negara lain kencing manis juga merupakan penyebab utama penyakit ESRD.

Sebab-sebab lain yang menyebabkan penyakit ESRD ialah glomerulonefritis atau nefritis atau glomeruli - melibatkan radang glomeruli iaitu melibatkan unit penapisan buah pinggang dan darah tinggi.

Glomeruli menyumbang sebanyak 20 peratus pesakit ESRD dan darah tinggi pula 10 peratus.

Selain Singapura, penyakit ESRD juga semakin meningkat di negara-negara lain seperti Taiwan dan Amerika Syarikat.

Di Amerika, jumlah pesakit ESRD meningkat kepada 43.9 peratus sementara pesakit di Taiwan meningkat kepada 43.1 peratus.

Jumlah pesakit di Malaysia dan Hongkong pula meningkat masing-masing sebanyak 58.5 peratus dan 45.1 peratus.

Lantas bagi mencegah penyakit tersebut, HPB menggalak masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan pemeriksaan secara rutin.

Maklumat lanjut mengenai kencing manis dan ESRD boleh didapati di www.hpb.gov.sg




 
   
   
 

SINGAPURA

 
 
Ahli korporat Jauhari tahun ini
 
 
Pekerja PMET Melayu bertambah empat kali ganda sepanjang 45 tahun
 
 
HDB siasat kes sewa flat tanpa izin
 
 
PM gesa ketua niaga terajui usaha pertingkat daya penghasilan
 
 
AMP kumpul $107,000 dari golf amal
 
 
Kongsi kemewahan dengan orang lain
 
 
Kejayaan Melayu/Islam di Singapura hasil usaha sendiri
 
 
Teliti tujuan di sebalik kejayaan
 
 
Falsafah dan budaya kerja