MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
PROFESOR MADYA FAISHAL: Dinaikkan pangkat pada Januari. -- Foto Fail
Mudah cetak
E-mel

16 Mac 2010

SINGAPURA

Dr Faishal kini Profesor Madya

Oleh
Adli Yashir Kuchit

USAHA gigih Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam menjalankan tugas sebagai pensyarah dan penyelidik akademik di Universiti Nasional Singapura (NUS) telah diberi penghargaan universiti tersebut apabila beliau dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya (Associate Professor) baru-baru ini.

Dr Muhammad Faishal, 42 tahun, sebelum ini merupakan Penolong Profesor di Jabatan Jabatan Hartanah Sekolah Rekaan dan Sekitaran NUS.

Awalnya tidak ramai yang tahu tentang kenaikan pangkat tersebut.

'Biarpun saya dinaikkan pangkat Januari lalu, saya tidak beritahu kepada umum,' kata Dr Muhammad Faishal yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade.

Ketika berucap semasa membahaskan peruntukan Belanjawan di Parlimen minggu lalu, Dr Faishal diperkenalkan Speaker Parlimen, Encik Abdullah Tarmugi, sebagai 'Profesor Madya Faishal'.

Menurut para akademik yang dihubungi Berita Harian, usaha mendapatkan jawatan profesor madya bukan satu usaha yang mudah.

Apabila ditanya mengenai usaha yang perlu dilalui, Dr Muhammad Faishal berkata proses penilaiannya sahaja mengambil masa setahun.

'Sebelum seseorang pensyarah boleh diterima bagi proses penilaian, pensyarah itu perlu memenuhi pelbagai kriteria seperti menerbitkan kertas kajian dan menjalankan kuliah dengan baik,' kata Dr Muhammad Faishal.

Menurut laporan yang diperolehi Berita Harian, Dr Muhammad Faishal tamat pengajian tingginya di NUS pada 1993.

Beliau diberi Anugerah Emas Redas apabila muncul siswazah terbaik dalam kursus Sarjana Sains (Hartanah) pada 1996 dan diberi biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah (PhD) di Manchester, England, selama tiga tahun.

Beliau pulang ke tanah air pada 2000 dan berkhidmat sebagai penolong profesor di NUS - satu-satunya anggota fakulti Melayu/Islam dalam Jabatan Hartanah NUS.

Kini sebagai sebagai profesor madya beliau bukan hanya bertanggungjawab sebagai pensyarah dan penyelidik, beliau juga memegang jawatan Pengarah Program Sarjana Sains (Hartanah).

Sebagai pengarah program beliau bertanggungjawab membangunkan program tersebut, mengendalikan operasi serta menguruskan hal ehwal para pelajar serta pensyarah program tersebut.

'Perkembangan terbaru ini merupakan laluan kerjaya menyeluruh dan saya harap dapat membantu membangunkan kepakaran akademik demi mempertingkatkan taraf NUS sebagai pusat pengajian yang unggul di dunia,' kata Dr Muhammad Faishal.

Selain tugas akademik, beliau juga meluangkan masa untuk kerja-kerja kemasyarakatan dan membantu para penduduk di kawasan undinya di GRC Marine Parade.

Sebagai ayah dua orang anak itu, Dr Muhammad Faishal berharap usahanya dapat dijadikan contoh kepada anak-anaknya.

'Saya juga berharap mereka bukan hanya lihat kejayaan saya sebagai contoh, saya mahu mereka lihat kejayaan orang lain yang lebih hebat sebagai contoh.

'Harapan saya, kejayaan anak-anak saya lebih hebat daripada kejayaan saya,' kata Dr Muhammad Faishal, sambil menambah kejayaannya ini berkat sokongan keluarga.




 
   
   
 

SINGAPURA

 
 
Ahli korporat Jauhari tahun ini
 
 
Pekerja PMET Melayu bertambah empat kali ganda sepanjang 45 tahun
 
 
HDB siasat kes sewa flat tanpa izin
 
 
PM gesa ketua niaga terajui usaha pertingkat daya penghasilan
 
 
AMP kumpul $107,000 dari golf amal
 
 
Kongsi kemewahan dengan orang lain
 
 
Kejayaan Melayu/Islam di Singapura hasil usaha sendiri
 
 
Teliti tujuan di sebalik kejayaan
 
 
Falsafah dan budaya kerja