MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Feb 2010

SUKAN

LIGA PERDANA ENGLAND
City dijangka turunkan Vieira dan Johnson

MANCHESTER: Manchester City dijangka menampilkan Patrick Vieira dan Adam Johnson dalam perlawanan pertama di padang sendiri untuk cuba menghidupkan semula harapan dalam Liga Perdana England apabila menentang Bolton Wanderers hari ini.

Kekalahan mengejut 1-2 di padang Hull City Sabtu lalu menggugat harapan pengurus City, Roberto Mancini, untuk menduduki antara empat tangga teratas dan merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Kini City sedar hanya kemenangan ke atas Bolton di Eastlands akan menyaksikannya melompat ke tangga keempat mengatasi Liverpool dan Tottenham.

Mancini akan membuat beberapa pertukaran dalam kesebelasannya selepas mengalami kekalahan kedua sejak mengambil alih daripada Mark Hughes dua bulan lalu.

Bekas pemain midfield Arsenal, Vieira, yang menyertai City daripada Inter Milan bulan lalu, dapat beraksi semula dalam Liga Perdana buat kali pertama sejak lima tahun sebagai pemain gantian di Hull.

Johnson, pemain yang dibeli dengan harga £pounds;7 juta ($15.52 juta) dari Middlesbrough bulan lalu, juga diturunkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan itu.

Mancini membayangkan kedua-dua pemain itu mungkin diberikan peranan lebih besar dalam perlawanan dengan Bolton.

'Patrick yang akan diturunkan tidak lagi mengalami masalah pada betisnya dan nampaknya beliau tiada masalah selepas perlawanan (menentang Hull),' kata jurulatih dari Italy itu.

Craig Bellamy memberi laluan kepada Vieira sejurus selepas minit ke-30. Sungguhpun tidak menjaringkan gol dalam 10 penampilan terakhir, penyerang Wales itu tetap merupakan pemain penting dalam pasukannya.

'Craig adalah pemain berpengaruh dan penting dalam pasukan ini,' tambah jurulatih itu. 'Beliau begitu gagah dan lincah dan selalu memberikan 100 peratus untuk pasukan.

'Beliau memberikan saya beberapa pilihan dan kelincahannya menggerunkan para pemain pertahanan. Beliau adalah pemain penting dalam pasukan saya dan saya gembira dengan sumbangannya.'

Bolton, yang hanya satu mata mengatasi zon bahaya di tangga bahagian bawah, menghadapi masalah pertahanan dengan Gary Cahill, Andy O'Brien dan Gretar Steinsson tidak dapat diturunkan.

Cahill dilaporkan mengalami kecederaan bahu semasa latihan.

Bintang Iceland, Steinsson, mengadu sakit semasa memanaskan badan dan digantikan dengan Paul Robinson.

O'Brien, yang menggantikan Cahill, terpaksa meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan pada pertengahan perlawanan separuh masa kedua.

Ketiadaan mereka memaksa Bolton merombak kesebelasannya. -- AFP.


 
   
   
 

SUKAN

 
 
Cole: Liverpool mampu juarai Liga Perdana
 
 
Tevez ingin berganding dengan Torres
 
 
Ribery dan Benzema mungkin sarung jersi Perancis
 
 
Kontrak Maradona tidak diperbaharui
 
 
Masa depan bola sepak di pundak Asia
 
 
Teknologi garisan sudah tersedia
 
 
Shevchenko temui sasaran
 
 
Larian Obor Olimpik Belia tiba di benua Amerika
 
 
Sekilas Sukan
 
 
Jadual Sukan