MUSIM lalu, pasukan Balestier Khalsa pernah berentap dengan pasukan Gombak United sebanyak tiga kali.
Bagaimanapun, pasukan pimpinan Nasaruddin Jalil tumbang dalam setiap pertempuran itu.
Semalam di Stadium Toa Payoh, kedua-dua pasukan bertemu lagi dalam pertandingan bola sepak Liga-S Great Eastern-Yeo's.
Kesudahannya, nasib Balestier tidak berbeza seperti musim lalu. Ertinya, Balestier tewas lagi, kali ini 1-2.
Gombak membuka tirai jaringan melalui Park Kang Jin pada minit ke-60 sebelum Balestier menyamakan kedudukan 1-1 melalui muka barunya, Rivaldo Costa, pada minit ke-65.
Bah Mamadou muncul pada minit ke-70 untuk menyambar gol kemenangan Gombak.