Tampines kembali ungguli Liga-S
TAMPINES Rovers kembali ke tangga teratas Liga-S Great Eastern Yeo's selepas mengalahkan Gombak United 2-0 di Jalan Besar malam tadi.
Imran Sahib membuka jaringan pada minit ke-37 dan Benoit Croissant pada minit ke-70.
Ronaldo pendekkan cuti untuk berlatih
MADRID: Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, memendekkan percutiannya selama satu hari dan mula berlatih kelmarin di bawah pengurus baru kelab itu, Jose Mourinho, buat kali pertama sebelum pasukan tersebut berlepas ke Amerika Syarikat.
Dalam sesi latihan itu, Mourinho telah membahagikan skuadnya kepada dua pasukan untuk mengadakan perlawanan latihan. -- AFP.
LOS ANGELES: Pemain nombor empat dunia, Andy Murray, telah memecat jurulatihnya, Miles Maclagan, kelmarin, sekitar sebulan sebelum kejohanan grand slam yang terakhir tahun ini.
Pemain Australia, Darren Cahill, dipercayai akan menggantikan Maclagan, tetapi Murray berkata beliau hanya akan menyemak keadaan selepas kejohanan Terbuka Amerika. -- Reuters.