MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
OBOR TIBA DI MEXICO: Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Belia Singapura (SYOGOC), Ng Ser Miang, menyerahkan Obor YOG kepada Datuk Bandar Mexico City, Marcelo Ebrard. - Foto XINHUA/SYOGOC
Mudah cetak
E-mel

29 Jul 2010

SUKAN

YOG
Larian Obor Olimpik Belia tiba di benua Amerika

IA bermula di Athens, kemudian diteruskan ke Berlin sebelum dilanjutkan ke Dacca.

Ia tiba di Mexico City pada 6.30 pagi kelmarin.

Begitulah perjalanan obor Sukan Olimpik Belia (YOG) sejak ia meninggalkan Athens pada Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Belia Singapura (SYOGOC), Ng Ser Miang, telah menyerahkan obor itu kepada Datuk Bandar Mexico, Marcelo Ebrand.

Selepas ini, larian obor akan diteruskan di Auckland dan Seoul sebelum tiba di sini pada 5 Ogos.

Sementara itu, China akan mengirim kontinjen seramai 108 orang termasuk 70 atlit dan 38 pegawai untuk menyertai YOG dari 14 hingga 26 Ogos ini.

Menurut laporan agensi berita, Xinhua, Jawatankuasa Olimpik China (COC) telah mengumumkan kontinjen negara itu kelmarin.

Sebanyak 26 cabang sukan yang melibatkan 201 acara akan diadakan sepanjang YOG yang melibatkan para atlit yang berusia antara 14 dengan 18 tahun.

Bagaimanapun, China tidak akan menyertai acara-acara seperti tinju, lumba basikal, bola tangan, hoki, bola sepak dan bola tampar.

'Para atlit China adalah unggul dalam acara seperti gimnastik, menembak, taekwondo, tenis meja dan angkat berat,' kata Timbalan Chef De Mission, Cai Jiadong.

Selain menyertai 19 cabang sukan, seramai 70 belia China, yang terdiri daripada 40 perempuan dan 30 lelaki, juga akan mengambil bahagian dalam beberapa kegiatan kebudayaan dan pendidikan sebagai sebahagian daripada pakej YOG.

Para atlit China telah mengadakan khemah latihan selama dua hari di luar Beijing sebagai sebahagian daripada persiapan mereka sebelum ke sini.

Rombongan pertama China akan tiba pada 12 Ogos dan rombongan kedua pada hari berikutnya.

Sebagai tuan rumah, Singapura dijangka menerima penyertaan 5,000 atlit dan pegawai dari luar negera.

Selain itu, seramai 1,200 pihak media dijangka membuat liputan sukan yang pertama kali dianjurkan.

Dalam perkembangan lain, pasukan bola sepak Singapura, yang akan menyertai YOG, dijangka menamakan skuad rasmi seramai 18 pemain pada Sabtu ini.

Jurulatih pasukan, Kadir Yahaya, memberitahu beliau mempunyai skuad seramai 22 pemain tetapi akan dikurangkan kepada 18 pemain pada Sabtu ini.

Menurutnya, jika tiada pemain yang dipilih mengalami sebarang kecederaan, maka pasukan itu akan beraksi menentang Zimbabwe dalam perlawanan pembukaan pada 13 Ogos nanti.

 
   
   
 

SUKAN

 
 
Liverpool perlukan suntikan pelaburan untuk cemerlang
 
 
Belanda bertemu Finland tanpa barisan penyerang pilihan
 
 
Pelari 'blade' sambut Syawal dengan sertai larian separuh maraton
 
 
Bolivia didakwa langgar had usia
 
 
Robben: Van der Vaart bak sebutir permata
 
 
Zidane percaya Mourinho mampu kembalikan zaman gemilang Real Madrid
 
 
Ghana dan Nigeria catat kemenangan
 
 
Kejohanan tujuh sepasuk SCC tiga hari
 
 
Temuan Federer dengan Soderling dijangka menarik
 
 
Wozniacki kini lebih matang dan lebih bijak
 
 
Argentina bukti keunggulan tundukkan England
 
 
Sekilas Sukan
 
 
Jadual