MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
BERAKHIR TEKA-TEKI: Segala tanda tanya mengenai masa depan Diego Maradona sebagai jurulatih Argentina berakhir setelah kontraknya tidak dilanjutkan. - Foto AFP
Mudah cetak
E-mel

29 Jul 2010

SUKAN

BOLA SEPAK ARGENTINA
Kontrak Maradona tidak diperbaharui

BUENOS AIRES: Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dengan sebulat suara kelmarin telah memutuskan tidak akan membaharui kontrak Diego Maradona sebagai jurulatih pasukan negara itu.

Masa depan Maradona sebagai jurulatih Argentina telah menjadi tanda tanya menyusuli kekalahan 0-4 di tangan Jerman dalam peringkat suku akhir pertandingan Piala Dunia Afrika 2010, baru-baru ini.

Menjelaskan mengenai keputusan itu, presiden AFA, Julio Grondona memberitahu: 'Kami berpendapat mesti ada perubahan dalam para pegawai yang akan membantu Maradona. Kami gagal mencapai sebarang persetujuan mengenai perkara ini.

'Tiada pihak yang disingkirkan. Hanya kontrak jurulatih itu yang tidak dilanjutkan kerana kami tidak mempunyai sebarang syarat untuk melakukannya.'

Seorang jurucakap AFA menyebut perbezaan pandangan yang sukar diatasi telah menjadi punca Maradona tidak ditawarkan kontrak baru.

Walaupun pasukan Argentina gagal mara jauh dalam pertandingan ini, pasukan itu telah mendapat sambutan hangat sekembali mereka dari Afrika Selatan.

Bahkan, Presiden Argentina, Cristina Fernandez, telah menggesa bekas kapten pasukan Argentina yang membantu negara itu menjulang Piala Dunia 1986 itu agar terus memimpin pasukan negara.

Sebelum ini, memang terdapat desas-desus yang menyebut Maradona tidak akan mengekalkan kedudukannya sebagai jurulatih Argentina, yang disandang sejak November 2008, kerana perbalahan mengenai senarai para pegawai yang akan membantunya.

Berusia 49 tahun, Maradona memberitahu pada Ahad lalu bahawa beliau bersedia untuk terus memimpin pasukan Argentina dengan syarat beliau mempunyai pilihan dalam menamakan para pembantunya untuk skuad akan datang.

AFA kini terpaksa mencari jurulatih untuk mengambil-alih tempat Maradona sebagai persiapan menghadapi pertandingan Copa Amerika tahun depan.

Pihak media telah menyebut bekas jurulatih Boca Juniors, Carlos Bianchi, yang pernah membantu kelabnya mencatatkan dua kejayaan besar pada 1998 dan 2004, sebagai pilihan untuk jawatan itu.

Jurulatih-jurulatih lain yang turut menjadi perhatian termasuk jurulatih Estudiantes, Alex Sabella; Americo Gallego dari kelab Independiente; bekas jurulatih Argentina, Marcelo Bielsa, dan bekas pemain Inter Milan, Ramon Diaz.

Bagaimanapun, Grondona berkata jurulatih belia Argentina, Sergio Batista, adalah pilihan untuk menjadi jurulatih sementara dan akan memimpin pasukan negara itu apabila menentang Ireland di Dublin pada 11 Ogos ini nanti. -- Reuters.

 
   
   
 

SUKAN

 
 
Liverpool perlukan suntikan pelaburan untuk cemerlang
 
 
Belanda bertemu Finland tanpa barisan penyerang pilihan
 
 
Pelari 'blade' sambut Syawal dengan sertai larian separuh maraton
 
 
Bolivia didakwa langgar had usia
 
 
Robben: Van der Vaart bak sebutir permata
 
 
Zidane percaya Mourinho mampu kembalikan zaman gemilang Real Madrid
 
 
Ghana dan Nigeria catat kemenangan
 
 
Kejohanan tujuh sepasuk SCC tiga hari
 
 
Temuan Federer dengan Soderling dijangka menarik
 
 
Wozniacki kini lebih matang dan lebih bijak
 
 
Argentina bukti keunggulan tundukkan England
 
 
Sekilas Sukan
 
 
Jadual