MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

1 Mac 2010

SYIAR

Kebersihan dan alam sekitar

Oleh Ustazah Noorsyahidah Mohd Sa'id
Asatizah Cordova

Kebersihan ialah sebahagian daripada iman jadi ia merupakan perkara yg wajib diamalkan oleh semua umat Islam. Alam sekitar pula berasaskan pd ajaran Tauhid yg menggabungkan manusia, alam dan Tuhan. Oleh itu, kita menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara ketiga-tiganya perkara tersebut.

Kita adalah khalifah di muka bumi ini, jadi wajarlah bagi kita melaksanakan misi dan amanah ini iaitu menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah hak Allah dan ciptaan-Nya serta wujudnya alam ini merupakan tanda pd kebesaran Allah. Di atas sebab itu, manusia perlu menjaga kebersihan alam sekitar kerana ia berkaitan rapat dengan amanah kita terhadap Allah SWT.

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah sebagai satu pengurusan yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses ini. (Mohd Nur Hakim Razana, 2004)

Konsep-konsepnya ialah Tauhid, Syari’ah, ilmu, khalifah dan Akhlak. Maka dalam hal ini, Islam menekankan konsep-konsep asas tersebut dalam mengurus alam sekitar agar sistem yang telah ditetapkan Allah itu tidak terganggu seperti berlakunya kerosakan di muka bumi dengan berlakunya pencemaran alam dan sebagainya. Maka andai kata semua konsep ini berjaya diasimilasikan dengan sempurna oleh setiap manusia dalam kehidupan mereka, maka akan terjaminlah alam sekitar ini daripada kerakusan manusia itu sendiri. Soalnya kini, mampukah ia dihayati sepenuhnya?

Oleh itu, kami Asatizah di Cordova menitik beratkan penjagaan kebersihan dan alam sekitar kepada para pelajar kerana ia berkait rapat dengan tugas kita sebagai khalifah Allah. Perlaksanaannya merupakan amanah yg diberikan Allah SWT. kepada hambaNya. Jadi ianya menjadi tanggung jawab kita bersama agar memelihara kebersihan alam sekitar dengan sebaik-baiknya. Semoga kita meraih manfaatnya bersama.

 
   
   
 

SYIAR

 
 
Budi Pekerti Membawa Kebahagian
 
 
Islam & Kesihatan
 
 
Islam Membawa Kesejahteraan Sejagat
 
 
Ibadah melatih pengurusan masa.